22/02/2009 7:04pm
KANGAR 22 Feb. - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum tercampak ke dalam Terusan Arau dekat sini hari ini.
Yang terbunuh dikenali sebagai Azmir Syazwan Suhaimi, 21, dari Tanjung Bendahara, Alor Setar dan Norhafiza Zafarullah, 20, dari kuarters FRU, Ayer Hitam, Pulau Pinang.
Rakan mereka yang parah ialah Mohamad Faiq Roslan, 20, dan Norshazarwani Ainie Ahmad, 20, keduanya dari Kedah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 7.50 pagi ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke kampus mereka dengan kereta Proton Wira yang dipandu Azmir Syazwan.
Mayat Norhafiza ditemui di dalam kereta tersebut manakala mayat Azmir Syazwan ditemui tercampak beberapa meter dari kereta itu. - Bernama
Mahkamah Sesyen Kuantan Perintahkan Bekas OCPD Temerloh, Membela Diri Atas
46 Pertuduhan Terima Rasuah Bernilai Keseluruhan RM69,600
-
*KUANTAN*: Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin memerintahkan bekas Ketua
Polis Daerah (OCPD) Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff membela diri atas 46
pertud...
2 days ago

No comments:
Post a Comment